Polisi Penerimaan Penggunaan Shoppegram (PPP)

Shoppegram adalah platform ecommerce yang menyediakan teknologi dan alat untuk penjual membina kedai online bagi menjual produk dan servis di dalam website ecommerce mereka sendiri.

Namun di dalam dunia online yang terbuka dengan idea dan produk ini, terdapat sesetengah aktiviti yang tidak selari dengan misi dan visi Shoppegram untuk menjadikan dunia ecommerce satu medium yang terbaik untuk proses membeli dan menjual secara automatik dan terjamin keselamatan.

Ini adalah polisi Penerimaan Penggunaan Shoppegram bagi menjelaskan aktiviti - aktiviti yang dilarang dari menggunakan Shoppegram berdasarkan polisi Shoppegram.

Berikut adalah senarai aktiviti yang dilarang sama sekali berada di platform Shoppegram:

  1. Konten yang berbaur penghinaan:

    Sebarang konten/produk/servis berbentuk tulisan,video,bunyi dan grafik yang bertujuan menghina, merendahkan, memalukan, mengejek sesuatu adalah dilarang sama sekali diletakkan di dalam website ecommerce pengguna.

  2. Aktiviti-aktiviti terlarang :

    Tertakluk untuk segala bentuk aktiviti - aktiviti yang terlarang dibawah undang-undang Malaysia adalah dilarang sama sekali disiarkan dalam semua bentuk termasuklah grafik, tulisan, video dan suara di dalam website ecommerce pengguna.

  3. Intellectual Property (Harta Intelek):

    Penyalahgunaan Harta Intelek yang telah ditentukan secara sah oleh organisasi bertauliah di Malaysia dan Antarabangsa. Pengguna tidak dibenarkan untuk mempromosi atau menjual segala produk atau servis yang mempunyai harta Intelek yang berdaftar tanpa mendapat sebarang kebenaran bertulis yang telah disahkan dari empunya Harta Intelek.

  4. Organisasi Pengganas:

    Shoppegram melarang keras pembabitan dari organisasi pengganas untuk menggunakan platform ini untuk segala aktiviti penyebaran dakyah, pengumpulan dana, penerangan, penjualan servis atau produk dan lain-lain.

  5. Ajaran Sesat:

    Mana-mana ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis dan Jabatan agama Islam Seluruh Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan platform Shoppegram bagi sebarang tujuan termasuklah mempromosi produk/servis, pengutipan dana, penyebaran dakyah, dan lain-lain.

  6. Produk berbahaya:

Pengguna dilarang untuk mempromosi atau meletakkan produk/servis yang berbahaya seperti yang telah digariskan didalam undang-undang Malaysia.

  1. Pengumpulan data yang tidak bertanggungjawab:

    Setiap data pembeli yang di kongsikan oleh Shoppegram kepada pengguna adalah hanya untuk tujuan follow-up dan marketing bagi produk/servis yang pengguna sediakan sahaja. Dilarang sama sekali untuk menggunakan data tersebut di luar kerangka ini dengan menghantar pelbagai mesej yang tidak berkaitan kedai online pengguna. Pengguna juga dilarang untuk menjual atau kongsi data pembeli kepada pihak lain bagi sebarang tujuan.

  2. Produk yang dicuri:

    Sebarang produk/servis yang dicuri secara fizikal mahupun secara digital tidak dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan ke dalam kedai online pengguna bagi tujuan mengaut keuntungan dari hasil yang dicuri.

  3. Pornografi:

    Produk - produk dan segala bentuk grafik,perkataan,video dan bunyi yang lucah tidak dibenarkan untuk dipamerkan di dalam kedai online tidak kira untuk tujuan menjual atau tujuan menyebarkan maklumat.


  4. Skim Piramid dan Ponzi:

    Untuk MLM, Skim Piramid hanya boleh menjual produk sahaja tetapi tidak dibenarkan untuk mempromosi pendaftaran tanpa membeli produk. Bagi skim ponzi adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan platform Shoppegram sebagai medium mempromosi, hebahan dan lain-lain.

  5. Perjudian:

    Tidak boleh meletakkan produk/servis yang berkaitan dengan aktiviti judi atau yang semacam dengannya termasuklah sebarang aktiviti peraduan yang diklasifikasikan sebagai judi yang telah digariskan oleh semua Majlis Agama Islam di Malaysia.

Kami di pihak Shoppegram berhak mengeluarkan konten, menutup dan menggantung langganan Shoppegram bagi pengguna yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan seperti di atas tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.

Shoppegram berhak untuk memantau dan menyiasat segala bahan yang dimasukkan ke dalam website ecommerce pengguna-pengguna pada bila-bila masa tertakluk kepada Polisi Penerimaan Penggunaan (PPP) dan Shoppegram Terms of Services (ToS) atau mana-mana perjanjian antara pihak pengguna dan Shoppegram. Segala penentuan keputusan mengenai salah laku terhadap polisi ini adalah muktamad, dan sebarang tindakan atau terlepas dari tindakan yang dikenakan atas salah laku terhadap polisi ini adalah berdasarkan kebijaksanaan kami.